Khamis, 6 Mac 2014

Tarim Sepintas Lalu

:: TARIM SEPINTAS LALU ::
---
Tarim sebuah kota di dalam negeri Hadramaut. Terletak lebih kurang 40km daripada Bandar Seiyun. Sebuah kawasan yang berbukit dari batu dan kelikir. Namun ianya juga hijau dengan pepohonan kurma.
Menurut sejarah, kota Tarim ini wujud seawal kurun ke 13 SM lagi dan ianya adalah merupakan sebuah wilayah didalam pentadbiran kerajaan Saba’.Iaitu sebuah kerajaan pimpinan Ratu Balqis. 
---
Nama Tarim adalah bersempena nama Tarim bin Hadramaut. Menurut ahli sejarah, Hadramaut adalah merupakan adalah salah satu cucu-cicit Sam bin Nuh. Dan menurut pendapat yang lain Hadramaut adalah merupakan nama salah seorang pemerintah dari Dinasti Himyar. 
---
Macamna pun xpa, Just nak gitaw macamna diberikan nama Tarim.. kesimpulannya Tarim berasal dari nama seorang pemerintah.
---
Kota atau Pekan Tarim ini adalah merupakan qalbunya Hadramaut.
---
Ia juga disebut sebagai Tarim al-Ghanna iaitu kota Tarim yang rendang,kerana banyaknya pokok yang tumbuh rendang. Memang Tarim terdapat banyak pepohonan yang menghijau. Kalau tengokkan cuaca macam tak percaya, tetapi memang tanah disini subur. Ia juga dikenali dengan nama kota Al-Siddiq kerana kota Tarim ini mendapat doa khusus dari Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq .
---
Kisahnya yang ambo dengar adalah apabila penguasa Tarim iaitu Ziyad bin Lubaid al-Anshori menyeru untuk membai’ah Sayyidina Abu Bakar sebagai khalifah, maka penduduk Tarim telah menerimanya tanpa bantahan. Sehingga kerana itu Sayyidina
Abu Bakar telah mendoakan penduduk Tarim dengan tiga perkara iaitu:
---
(1) semoga kota Tarim diberi kemakmuran,
(2) semoga kota Tarim diberikan berkah sumber airnya
(3) semoga kota Tarim dipenuhi (tidak putus-putus) dengan orang-orang sholeh sampai hari qiamat.
---
Selain itu juga kota Tarim ini juga adalah kota yang penuh dengan keberkatan. 
---
Sebagaimana dikatakan bahwa pada kota Tarim terdapat tiga keberkatan iaitu:
---
(1) keberkatan pada setiap masjidnya,
(2) keberkatan pada tanahnya dan
(3) keberkahan pada pergunungannya.
---
Dan pada pandangan penulis lah .. keberkatan yang utama adalah kerana ramai ahlul bait dan ulama’ yang mendiaminya sejak dahulu sehingga sekarang dan disini juga banyak bersemadi jasad para ahlul bait,auliya`, ulama’ dan shalihin.
---
Bahkan tidak keterlaluan kiranya aku [abu zahrah] katakan bahwa kota Tarim ini adalah Kota Para Wali atau Kota Auliya’ kerana sangat banyaknya para auliya’ dan shalihin yang menghuni kota ini samada yang masih hidup maupun yang telah wafat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.