Rabu, 5 Mac 2014

Balasan Syurga Yang Teramat Indah

Balasan Syurga Yang Teramat Indah
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang soleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat (terlintas) dalam hati manusia."

Solat Tiang Agama

“Solat : Tiang Agama”Daripada Jabir RA katanya, sabda Rasulullah SAW, bandingan sembahyang lima waktu adalah seperti air sungai yang mengalir, melimpah ruah pada pintu rumah seseorang, yang dia mandi lima kali pada tiap-tiap hari

Ganjaran Solat Berjemaah

Ganjaran Solat Berjemaah
Daripada  Abu Hurairah RA katanya: “Nabi SAW bersabda : “Pahala sembahyang jemaah bagi seseorang lebih daripada sembahyang bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersembahyang semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersembahyang selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat sembahyangnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”

Kelebihan Sembahyang Subuh Dengan Asar

Kelebihan Sembahyang Subuh Dengan Asar
Daripada Abu Musa Al-Asyaari RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan dua waktu sejuk (subuh dan asar), Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga.”

Menolong Orang Yang Dalam Kesusahan

Menolong Orang Yang Dalam Kesusahan
Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, “Apabila Nabi SAW didatangi kepadanya oleh orang yang memerlukan pertolongan, baginda menghadap kepada sahabat-sahabatnya yang sedang duduk bersamanya lalu bersabda, “Bantulah dia sencaya kamu akan mendapat pahala, dan Allah akan menyempurnakan atas lidah nabinya yang disukai”. 

Didalam riwayat lain (apa yang dikehendakinya).

Amalan untuk masuk syurga

Amalan Untuk Masuk Syurga
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. 

sudah lama..

Assalamualaikum, sudah lama aku tidak membuka blog aku yang tidak lawa ini..selama 2tahun aku tidak membuka blog aku ni..mulai hari ini aku akan menggunakan blog aku ini sebaik mungkin untuk menghantar post tentang agama dan lain²...bak kata pepatah 'Berkongsi Amalan Mulia'..Assalamualaikum😊